BERHATI-HATI DI JALAN RAYA

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA

Mesej ini adalah untuk memberi peringatan kepada warga kampus untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu kerana terdapat banyak kes terlanggar tiang lampu jalan. Dua isu iaitu keselamatan dan harta benda. Pelaku yang melanggar adalah bertanggungjawab untuk menanggung kos pembaikan melalui tuntutan insurans.
Di sini pihak PHB juga ingin MENAFIKAN mesej yang tular dengan menyatakan bahawa lampu jalan dimatikan bagi penjimatan. PHB tidak akan mematikan lampu jalan. Untuk makluman lampu jalan adalah beroperasi selama 12 jam iaitu daripada 7.00 malam hingga 7.00 pagi. Jika terdapat kawasan yang tidak beroperasi ia berkemungkinan terputus bekalan. Oleh itu warga kampus boleh membuat aduan kepada pihak keselamatan (07-553004) untuk tindakan staf tunggu sedia.
JADUAL KERJA KONTRAK PENYENGGARAAN LANDSKAP DAN PERMBERSIHAN KAWASAN

JADUAL KERJA KONTRAK PENYENGGARAAN LANDSKAP DAN PERMBERSIHAN KAWASAN

Disertakan jadual kerja kontraktor penyenggaraan landskap dan pembersihan kawasan kampus UTMJB bagi bulan Disember 2017 untuk rujukkan semua PTJ. Tarikh setiap item kerja yang terlibat adalah anggaran perancangan kerja sahaja, perubahan kerja kemungkinan berlaku samada lewat atau cepat yang hanya melibatkan ralat dua hingga tiga hari sahaja. Mohon semua PTJ yang terlibat menghubungi penyelia PHB ditapak untuk mendapatkan maklumat terperinci sekiranya berlaku kekeliruan. Penyelia PHB yang boleh dirujuk adalah mengikut zon pemantauan masing-masing adalah:-
ZON PENYELIA JADUAL NOMBOR
L1 & L6 En. M. Nizam lokman JADUAL PERANCANGAN KERJA ZON L1
JADUAL PERANCANGAN KERJA ZON L6
017-780 1056
L2 & L5 En. Asmawi JADUAL PERANCANGAN KERJA ZON L2
JADUAL PERANCANGAN KERJA ZON L5
010-714 0805
L3 En. Sudrisno JADUAL PERANCANGAN KERJA ZON L3 013-742 4298
L4 En. Dzulzazreen JADUAL PERANCANGAN KERJA ZON L4 013-799 7209
L7 En. Abd. Rahman JADUAL PERANCANGAN KERJA ZON L7 019-745 4554
Sekian, harap maklum
AIRCOND SERVICE DAY (ASD) : AKTIVITI PEMBERSIHAN DIFFUSER 

AIRCOND SERVICE DAY (ASD) : AKTIVITI PEMBERSIHAN DIFFUSER 

Aktiviti tersebut telah dilaksanakan pada 7 Disember 2017 bertempat di Unit Perolehan dan Unit Pembangunan & Pengurusan Multimedia, PSZ.
Aktiviti tersebut dilaksanakan bersempena Aircond Service Day (ASD) dengan mengambil kira keadaan diffuser yang perlu diselenggara dengan keadaan yang segera. Kerja dilakukan secara inhouse oleh staf Unit Mekanikal.

Aktiviti seperti ini (ASD) perlu diteruskan bagi membolehkan staf Unit Mekanikal membuat penyenggaraan berkala dengan segala sumber yang tersedia. Unit Mekanikal akan terus memantau dan memastikan pindinginhawa dalam keadaan terbaik untuk kegunaan seharian.

PENYENGGARAAN PENCEGAHAN RUTIN DI PE22

PENYENGGARAAN PENCEGAHAN RUTIN DI PE22

Tarikh : 7hb Disember, 2017 (Khamis)
Masa : 3.45 pm – 6.30 pm
Kawasan Terlibat : Kolej Tuanku Canselor (Blok S01 hingga S16, S42, S43, Pusat Kaunseling & Komplek Sukan U01)
Inisiatif staf untuk memastikan keadaan pencawang elektrik dalam keadaan yang baik untuk memastikan bekalan elektrik sentiasa tersedia.
Antara skop kerja adalah semakan visual oleh penjaga jentera berlesen, semakan kekemasan sambungan pepasangan, semakan kefungsian peralatan, pembersihan kawasan luar dan dalam dan servis peralatan serta pepasangan.
Kerja-kerja dilakukan secara inhouse oleh staf Unit Elektrik bermula dari jam 2.30PM, bekalan terpaksa ditutup pada jam 3.35PM bagi kerja-kerja servis didalam pencawang. Dianggarkan kerja selesai jam 6.30PM dan bekalan akan kembali normal di kawasan yang terlibat.
Kudos Unit Elektrik
PRA BENGKEL PLAN STRATEGIK PHB 2018-2020

PRA BENGKEL PLAN STRATEGIK PHB 2018-2020

Pra bengkel diadakan di Anjung Inpirasi pada 7 Disember 2017. Bengkel ini dikendalikan oleh Pengarah Kerja sebagai fasilitator. Menurut PK bengkel plan strategik kali ini akan diadakan bagi tempoh 3 tahun. Dan isu yang disentuh adalah lebih kepada core values dan juga KPI PHB untuk masa akan datang.

Menurut beliau juga tiada perubahan secara drastik yang akan dilakukan, PHB akan terus dengan agenda yang sama cuma kita akan pastikan perancangan adalah lebih kepada pencapaian yang realistik.

Pra-Bengkel yang ringkas tersebut tamat pada jam 12.00 tegah hari dan dijangka akan bersambung dengan bengkel seterusnya pada 18 dan 19 Disember 2017.

Hebahan
Hebaha

Selamat datang ke Laman Sesawang Pejabat Harta Bina UTM

Sebarang aduan boleh dilaporkan kepada Pejabat Harta Bina melalui Aplikasi Web ECS

Kampus Universiti Teknologi Malaysia merupakan kawasan larangan merokok. Tindakan atau denda akan diambil bagi mereka yang didapati bersalah merokok di tempat awam di dalam kawasan kampus

Terkini

Terkini

IKLAN SEBUT HARGA : MEMBAIKPULIH DAN MENAIKTARAF
8th February, 2018