(+607) 553 0386 phb@utm.my
Mesej ini adalah untuk memberi peringatan kepada warga kampus untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu kerana terdapat banyak kes terlanggar tiang lampu jalan. Dua isu iaitu keselamatan dan harta benda. Pelaku yang melanggar adalah bertanggungjawab untuk menanggung kos pembaikan melalui tuntutan insurans.
Di sini pihak PHB juga ingin MENAFIKAN mesej yang tular dengan menyatakan bahawa lampu jalan dimatikan bagi penjimatan. PHB tidak akan mematikan lampu jalan. Untuk makluman lampu jalan adalah beroperasi selama 12 jam iaitu daripada 7.00 malam hingga 7.00 pagi. Jika terdapat kawasan yang tidak beroperasi ia berkemungkinan terputus bekalan. Oleh itu warga kampus boleh membuat aduan kepada pihak keselamatan (07-553004) untuk tindakan staf tunggu sedia.