NOTIS GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK 7 DISEMBER 2017

NOTIS GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK 7 DISEMBER 2017

Adalah dimaklumkan bahawa gangguan bekalan elektrik akan berlaku pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :
 
Tarikh : 7hb Disember, 2017 (Khamis)
Masa : 3.45 pm – 6.30 pm
Kawasan Terlibat : Kolej Tuanku Canselor (Blok S01 hingga S16, S42, S43, Pusat Kaunseling & Komplek Sukan U01)
Staf PHB Bertanggungjawab: Penjaga Jentera (B0) Mahadzir b Mohamed 0197533257/6421
 
Gangguan ini adalah disebabkan oleh kerja penyenggaraan pencegahan rutin pada alatubah & suisgear dalam pencawang elektrik PE22.
 
Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon kerjasama dari tuan/puan supaya dapat memaklumkan mengenai gangguan ini kepada pelajar dan staf yang berada di kawasan yang terlibat.
 
Segala kesulitan yang timbul akibat dari gangguan ini amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

KIEP 2017

KIEP 2017

Konvensyen Kumpulan Inovatif, Efisien & Produktif (KIEP) UTM 2017.
PHB menghantar wakil daripada Bahagian Pembangunan dengan Tajuk Proses Kelulusan Pelaksanaan Dan Pengurusan Projek Pembangunan Melalui Kerjasama Pihak Swasta dan Juga Bahagian Perkhidmatan dengan tajuk Sistem VRMS (Vehicle Reservation Management System).

Tahniah kepada Bahagian Pembangunan kerana berjaya mendapat Anugerah Projek Harapan. Juga tidak tahniah atas usaha gigih Bahgian Perkhidmatan untuk menyertai program ini.

PROGRAM ULASAN BUKU 2017

PROGRAM ULASAN BUKU 2017

 

Tajuk : Kalau Aku Kaya
Penulis Buku : Aldzham Kamil
Penyampai : En. Muhamad Azlan Bin Sulaiman

Perkongsian menarik daripada En. Azlan berkenaan kandungan buku Kalau Aku Kaya. Walaupun tajuk buku adalah mengenai kekayaan namun siapa sangka isi kandungan banyak menyentuh berkenaan kerohanian hubungan manusia dan Pencipta.

Slide pembentangan boleh di dapati disini. Kalau Aku Kaya – Muhamad Azlan BK