Rujukan Kadar Sewa Ruang 2016

announcement

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Sejahtera,

Izinkan saya merujuk kepada perkara tersebut.
Berdasarkan e-mel yg telah dipanjangkan sebelum ini, terdapat respon pemakluman dari beberapa staf yang tidak dapat melihat sepenuhnya jadual kadar harga sewaan ruang untuk maklumat seperti capaian di bawah:

http://assets.utm.my/space-rental/

Setelah dibuat semakan oleh pihak kami, didapati tiada masalah utk kami melihat sepenuhnya jadual tersebut. Antara enjin carian yg telah diuji cuba adalah Mozilla Firefox, Safari, Internet Explorer, Google Chrome dan juga Opera.
Kami beranggapan berkemungkinan enjin carian yg digunakan tidak dikemaskini. Mana2 pihak yg sukar utk melihat keseluruhan jadual tersebut dicadangkan utk kemaskini ke versi yg lebih terkini.
Sebagai alternatif, pihak kami akan turut menyediakan salinan kadar harga yg boleh dimuat turun utk kemudahan rujukan semua.
Kadar harga sewa yg tertera di web adalah PALING TERKINI dan sekiranya berbeza dgn mana2 maklumat yg diperoleh dari sumber2 yang lain, maka rujukan di web yang akan digunakan. Kendatipun demikian, kadar harga ini tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Dalam masa yang sama, warga UTM juga boleh menyemak beberapa perkara lain seperti di bawah menerusi laman web PHB dan Kampus Ekopelancongan:
(a) Maklumat berkenaan Perumahan Universiti (Desa Bakti, Desa Skudai, Cengal dan Perumahan Pensyarah dan Profesor Pelawat Luar Negara): http://assets.utm.my/staff-housing/
(b) Borang2 permohonan Perumahan Universiti, Aktiviti Rekreasi dan Sewaan Ruang: http://assets.utm.my/form/
(c) Kadar Harga Sewaan Aktiviti Rekreasi, Hutan Rekreasi, Taman Tropika, Balai Cerapan, BBQ, Fotografi dan Pakej Lawatan Berpandu: http://www.utm.my/ecotourism/packages/
(d) Iklan Terkini Sebut Harga PHB UTM: http://assets.utm.my/contract-div/procurement/quotation/

Di samping itu juga, Unit Kampus Ekopelancongan juga ingin memaklumkan bahawa sebagai unit yg bertanggungjawab dalam mempromosi dan menyemarakkan inisiatif ini, satu usaha penyelarasan sedang dilaksanakan utk menjadikan unit ini sebagai Pusat Perkhidmatan Setempat (One Stop Centre). Sehubungan itu, semua perkara2 di bawah telah atau akan diuruskan oleh pihak kami:
(a) Tempahan Aktiviti-Aktiviti Rekreasi dan penggunaan kawasan di Laman Menanti, Taman Tropika (termasuk Rumah Tropika), Balai Cerapan, Hutan Rekreasi, Tasik Ilmu & Desa Bakti, UTM Trails dan Litar Kawalan Jauh;
(b) Tempahan Ruang Universiti seperti yg dinyatakan di laman web http://assets.utm.my/space-rental/;
(c) Pengurusan Lawatan Berpandu oleh pihak luar, korporat dan orang awam (rasmi / tidak rasmi)- tempahan mestilah TIDAK KURANG 7 hari bekerja;
(d) Pengurusan Pakej Kampus Ekopelancongan;
(e) Tempahan Aktiviti Rekreasi dan Perkhemahan di PALAPES UTM oleh pihak luar (sedang dalam perbincangan) dan
(f)  Permohonan Menduduki Perumahan Universiti

Sebarang maklumat lanjut/ pertanyaan, sila berhubung dengan pihak kami di talian sambungan 30167 / 30047 / 31216 (Kampus Ekopelancongan & Perumahan Universiti) dan 31119 / 30291 / 30047 (Sewaan Ruang).
Sekian, dimaklumkan. Harap maklum. Terima kasih.

Speak Your Mind

*