UTM Arcade & Cafetaria

wall-arked-1024x723
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mempunyai 101 lot sewaan yang terdiri dari arked, kafeteria dan kiosk di sekitar kampus UTM Johor. 8 arked terletak di Arked Meranti, Cengal, Kolej 11, Kolej 13, Kolej 9, Bangunan Persatuan Pelajar dan Kolej Perdana. Manakala 8 kafeteria pula terletak di Kantin Pejabat Harta Bina, Dewan Kuliah Pusat P19, N24, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (FKKSA), Kafeteria di Blok R02, Kolej Perdana dan juga VIP di Bangunan Persatuan Pelajar (SUB), Kolej 16 dan 17 (sekarang dikenali Kolej Dato Onn Jaafar) dan Kolej 14 dan 15 (sekarang dikenali Kolej Tun Ghaffar Baba).
Terdapat sebanyak 9 kiosk yang boleh didapati di Fakulti Kejuruteraan Awam, Fakulti Pengurusan, Fakulti Sains, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (P23), Arked Cengal, Arked 13, Arked Kolej 9, Fakulti Kejuruteraan Elektrik (P03) dan juga Arked Meranti.
Berikut merupakan senarai lokasi arked, kafeteria dan kiosk yang terdapat di dalam kampus UTM Johor:
(a)   Arked

  • Gerai Nasi Campur dan Makanan Panas- 67 unit
  • Kedai Serbaneka: 34 unit

(b)   Kafeteria

  • Kantin Pejabat Harta Bina (PHB);
  • Kafeteria Bangunan Persatuan Pelajar (SUB);
  • Kafeteria Dewan Kuliah Pusat (Blok N24);
  • Kafeteria Dewan Kuliah Pusat (Blok P19);
  • Kafeteria FKKKSA;
  • Kafeteria R02;
  • Kafeteria Kolej 16 dan 17;
  • Kafeteria Kolej 14 dan 15:

(c)   Kiosk

  • Kiosk Fakulti Kejuruteraan Awam;
  • Kiosk Fakulti Pengurusan;
  • Kiosk Fakulti Sains;
  • Kiosk Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (P23);
  • Kiosk Arked Cengal;
  • Kiosk Arked 13;
  • Kiosk Arked Kolej 9;
  • Kiosk Fakulti Kejuruteraan Elektrik (P03);
  • Kiosk Arked Meranti
Kemudahan-Kemudahan Asas

  • Masjid Sultan Ismail
  • Mesin Pengeluaran Wang Automatik (ATM)- CIMB, Bank Islam dan Maybank
  • Tempat parkir kenderaan (Laman Menanti)
  • Scholar’s Inn (Penginapan)
  • Rumah Kampung (Penginapan)
  • Tandas
Peta Lokasi Kafeteria di UTM
Peta Lokasi Arked, Kafeteria dan Kiosk di UTM boleh dirujuk di sini.
Pertanyaan:
Unit Pengurusan Arked dan Kenderaan
Bahagian Perkhidmatan
Pejabat Harta Bina
81310 UTM Kampus Johor Bahru.
E-mel: ahmadadli@utm.my
Telefon: 07- 553 0166 / 019-7084828 (En. Ahmad Adli- Ketua Unit) / 07-5530321 (Pejabat Am)
Faks: 07-5530218
Tarikh Kemaskini: 16 Januari 2017.