Pengenalan

                                                                                     B E V ink outlines

Bahagian Pembangunan Pejabat Harta Bina sedang berusaha untuk menyiapkan keseluruhan projek di bawah Rancangan Malaysia keSembilan (RMKe-9) dimana keseluruhan baki projek-projek pembangunan adalah diperingkat akhir pembinaan.  Kerja-kerja tersebut melibatkan kerja-kerja pemasangan sistem pendawaian mekanikal dan elektrik, testing dan commissioning, pemasangan sistem peralatan dan perabut makmal, perlantikan pembekal perabut serta pemeriksaan akhir pihak Bomba bagi mendapatkan perakuan sijil siap kerja menduduki bangunan.

Dalam usaha bagi menyediakan prasarana dan kemudahan yang terbaik bagi menampung program pengajaran, pembelajaran, program inovasi serta pembangunan modal insan, BP.  PHB juga telah memohon peruntukan projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).  Projek-projek tersebut adalah bagi menyokong program-program pembangunan mahasiswa serta staf UTM agar dapat berdaya saing bagi membentuk budaya inovatif dalam suasana yang kondusif bagi memperkenalkan imej Universiti di persada antarabangsa.

Selain projek-projek yang dilaksanakan melalui permohonan peruntukan Rancangan Malaysia Lima Tahun, PHB juga berusaha untuk mewujudkan satu jawatankuasa Teknikal projek pembangunan secara penswastaan PFI (Private Financial Initiative).  Usaha sebegini adalah bagi memantapkan lagi inovatif struktur kewangan universiti agar dapat menjana kewangan universiti serta menambah nilai asset universiti untuk masyarakat kampus universiti dimasa akan datang.

Bahagian pembangunan bertanggungjawab merancang dan melaksanakan pembangunan fizikal dan infrastruktur keseluruhan kampus UTM bagi memenuhi keperluan universiti serta inisiatif Kampus Lestari UTM yang dilancarkan pada 2010.

Unit-unit adalah:

Perancangan, Pembangunan dan Kampus Lestari.