RMK 3

Projek pembangunan di UTM, Skudai Johor melibatkan kerja pembelian tanah serta kerja awalan di mana kos keseluruhan projek berjumlah RM12,560,000.00.  pembinaan kerja infrastruktur telah dimulakan sejak tahun 1979.  Antaranya ialah pembinaan jalan besar, bekalan air dan elektrik, serta pembinaan longkang besar.  Anggaran asal pembinaan pada ketika itu adalah berjumlah RM500 juta dan dijangka siap pada penghujung tahun 1987.  Pembinaan projek kampus baru ini telah diserahkan kepada kontraktor utama, iaitu ‘Kobena-Sambu Construction Joint Venture’.

Picture1 Picture2 Picture3

 Antara kerja yang telah dilaksanakan oleh pihak kontraktor pada waktu tersebut adalah seperti berikut:

  • Kerja penyelidikan tanah.
  • Kerja meratakan tapak bangunan dan pembinaan jalan.
  • Membina dan menyiapkan bangunan Pejabat Tapak.
  • Membina dan menyiapkan sebahagian rumah kakitangan sementara.
  • Pembinaan kolam dan pemasangan paip ke kolam.
  • Menyiapkan talian bekalan elektrik sementara untuk kegunaan rumah kakitangan dan pejabat tapak.
  • Pembinaan jambatan di atas sungai di jalan masuk ke kampus baru.

Kerja awalan yang telah disiapkan oleh Kobena-Sambu adalah seperti berikut:

  • Pembinaan Pejabat Tapak Kobena-Sambu termasuk kantin dan stor.
  • Pembinaan Rumah Kongsi.
  • Bangunan stor simen.
  •  ‘’Batching Plant’’ sementara.