RMK 4

Pada peringkat awal, anggaran kos projek untuk keseluruhan pembangunan kampus UTM Skudai, Johor adalah berjumlah RM1,053,464,000.00.  namun, anggaran kos tersebut telah disemak semula dan anggaran kos akhir yang dihantar ke Unit Perancangan Ekonomi ‘EPU’ adalah berjumlah RM919,517,703.00.  anggaran kos ini masih belum muktamad kerana terdapat beberapa projek yang belum dirancang dengan terperinci.  Walaubagaimanapun, kelulusan akhir dari EPU hanya meluluskan beberapa projek yang perlu sahaja dilaksanakan dalam fasa awal pembangunan ini.  Berikut adalah senarai projek-projek yang dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-4 dan jumlah keseluruhan kos yang terlibat ialah RM249,175,000.00.

Picture4 Picture5 Picture6

klik untuk lagi gambar

  • Pejabat Pentadbiran.
  • Bangunan Persatuan Pelajar.
  • Fakulti Ukur.
  • Fakulti Alam Bina.
  • Kolej Rahman Putra (Kampung 1).
  • Kolej Tun Fatimah (Kampung 2).
  • Pintu masuk utama / rumah pencawang.
  • Kerja tanah.
  • Kemudahan asas.
  • Landskap.