RMK 5

Projek-projek pembangunan yang dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-5 telah disiapkan dengan jumlah kos keseluruhan sebanyak RM315,364,000.00.  Projek Fasa II ini juga dilaksanakan oleh pihak kontraktor Kobena-Sambu Construction Joint Venture dengan sistem ‘’Cost-Plus’’.  Walau bagaimanapun,pada 7 Mac 1987 kontrak tersebut telah dimansuhkan kerana kos pembinaannya terlalu tinggi dan digantikan dengan Sistem Kontrak Harga Pukal secara rundingan.  Kerja-kerja pembinaan di tapak bina terbengkalai selama 4 bulan sehinggalah kontraktor Kobena-Sambu Construction Joint Venture dilantik semula.  Semua projek Fasa II dimulakan pada awal tahun 1984 di tapak dan siap pada penghujung tahun 1991.

Picture1 Picture37 Picture39

klik untuk lain gambar

.  Berikut adalah senarai projek-projek yang dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-5 ini terdiri daripada:

  • Kolej Tun Razak (Kampung 3)
  • Kolej Tun Hussein Onn (Kampung 3)
  • Kolej Tun Dr. Ismail (Kampung 5)
  • Pusat Pengajian Kemanusiaan
  • Fakulti Sains
  • Fakulti Kejuruteraan Awam
  • Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
  • Masjid
  • Perpustakaan
  • Dewan Besar dan Dewan Serbaguna
  • Infrastruktur Kolej
  • Infrastruktur Kawasan Akademik
  • Peralatan dan Perabot
  • Lanskap