RMK 7

Projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-7 telah disiapkan dengan jumlah kos keseluruhan sebanyak RM226,308,000.00 tidak termasuk kos pengurusan dan peruntukan pinjaman daripada KWSP.  Senarai projek yang terlibat di bawah Rancangan Malaysia ini adalah seperti berikut:

Picture2 Picture3 Picture4

 klik untuk lain gambar

  • Bangunan Tambahan Alatan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli.
  • Bangunan Tambahan Alatan Fakulti Sains Komputer.
  • Bangunan Tambahan Alatan Fakulti Kejuruteraan Awam dan IPASA.
  • Bangunan Tambahan Alatan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal.
  • Bangunan Tambahan Alatan Fakulti Kejuruteraan Elektrik.
  • Bangunan PALAPES.
  • Bangunan Makmal Kaji Terbang, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal.
  • Kemudahan atau Infrastruktur Luar Kawasan Projek:

–          Sistem Retikulasi Air.

–          G.I.S (Gas Insulated Switch Gear System).

–          Infrastruktur Elektrik.

–          Infrastruktur Telefon.

–          Bangunan Makmal Loji Pandu.

–          Bangunan Makmal Einstein.

  • Balai Pengawal dan Keselamatan UTMKL.
  • Bangunan Tambahan Alatan Fakulti Alam Bina.
  • Bangunan  Tambahan Alatan Fakulti Kejuruteraan Sains dan Geoinformasi.
  • Bagunan Stor Pusat.
  • Infrastruktur Kampus Siber.
  • Bangunan Tambahan Alatan Fakulti Sains.
  • Bangunan Alatan Pusat Pengajian Siswazah/RMC/UNIPEN.
  • Bangunan Peralatan Pusat Komputer.
  • Pembinaan Asrama 3000 Pelajar UTM Skudai (kelulusan projek sahaja).
  • Pembinaan Asrama 6000 Pelajar UTM Skudai (kelulusan projek sahaja).
  • Pembinaan Asrama 3000 Pelajar UTM Skudai (kelulusan projek sahaja).

Dalam rangka membina kemudahan asrama bagi menempatkan 6,000 orang pelajar, kaedah pembangunan yang dipilih adalah secara PFI, iaitu melalui pinjaman KWSP.  Projek Pembangunan ini terbahagi kepada empat pakej dengan nilai kos keseluruhan berjumlah RM160 Juta.  Pakej asrama yang dimaksudkan ialah asrama pelajar Pakej 1, asrama pelajar Pakej 2, asrama pelajar Pakej 3, dan asrama pelajar Pakej 4.

Tahun 1999 merupakan tahun yang aktif bagi pelaksanaan aktiviti pembangunan infrastruktur university, kerana kebanyakan projek pembangunan infrastruktur dimulakan pada tahun tersebut.  Kerja-kerja menaik taraf dan tambahan sistem retikulasi bekalan air melibatkan kerja-kerja sivil, mekanikal dan elektrik.  Kerja yang dimaksudkan ialah pembinaan tangki air sedutan berkapasiti 2.27 ml, sebuah tangki air simpanan berkapasiti 6.82 ml, rumah pam, dan pemasangan paip air sepanjang 2.4 km yang bernilai RM4.861 Juta.  Kerja-kerja pembinaannya siap pada bulan Ogos tahun 2000.

Kerja-kerja pembinaan bangunan G.I.S (Gas Insulated Switched Gear System) dimulakan pada tahun 1999 dan siap pada bulan November tahun 2002.  Kos keseluruhan kerja-kerja pembangunan infrastruktur elektrik termasuk tambahan ‘’substation’’ dan sistem rangkaian elektrik berjumlah RM2.4 Juta.  Pembangunan kemudahan asas penyediaan infrastruktur telefon telah dimulakan pada tahun 1999 dan siap pada bulan Disember 2001 dengan kos sebanyak RM1,003 Juta.  Kos bagi sistem rangkaian telefon/PABX berjumlah RM1.74 juta.