RMK 8

 

Pada umumnya, projek pembangunan UTM dalam Rancangan Malaysia Ke-8 hanya melibatkan dua projek yang diluluskan, iaitu Makmal Anechoic Chamber, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Makmal Bersuhu Tinggi, Fakulti Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Sumber Asli.  Walau bagaimanapun, peruntukan kedua-dua projek tersebut adalah di bawah projek pembangunan Rancangan Malaysia Ke-9.  Oleh itu, kedua-dua projek tersebut dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-9.

Picture1 Picture5 Picture6

klik untuk lain gambar

Selain itu, kelulusan permohonan untuk projek pembinaan asrama bagi 6,000 orang pelajar (RM130,645,232.27), asrama 3,000 orang pelajar UTM Skudai (RM65 juta) dan 3,000 orang pelajar UTMKL (RM76.5 juta) di bawah Rancangan Malaysia Ke-7.  Proses pembinaannya dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-8 kerana peruntukan kewangan diperoleh dalam tahun 2001.  Beberapa projek pembangunan lain di bawah pengurusan universiti juga dilaksanakan pada tahun 2001-2005 dengan jumlah kos keseluruhan projek sebanyak RM5.526 juta.  Antaranya adalah seperti berikut:

Bil

Nama Projek

Jumlah
1 Arkib Rekod Jabatan RM275,787.00
2 Makmal Digital, Fakulti Pengurusan & Pembangunan Sumber Manusia RM1,489,047.00
3 Bangunan Stor Pelupusan RM300,000.00
4 Taman Tropika RM971,100.00
5 Hutan Rekreasi RM806,000.00
6 Taman Herba RM164,508.10
7 Pagar sempadan RM234,000.00
8 Institut Ibnu Sina RM6,075,000.00
9 Median letak kereta SPACE RM200,000.00
10 Infra Networking (SPACE, BIP, AERO Lab, Rumah Universiti) RM816,642.00
11 Rumah Alumni RM3,260,000.00
12 a)      Kerja-kerja tambahan kolej-kolej pelajar baru (Kampung 9-17)b)      Kerja-kerja ubah suai pejabat-pejabat asrama baruc)       Pembaikan pagar sempadan

d)      Tambahan tempat letak kereta

e)      Pemasangan jeriji asrama-asrama baru

f)       Pemasangan awning asrama Kolej Perdana

RM767,000.00
13 a)      Pemasangan alat hawa dingin di bilik-bilik server SPS dan beberapa unit asrama barub)      Kerja-kerja naik taraf di bangunan SPSc)       Tambahan tempat letak kereta

d)      Tambahan kerja-kerja infrastruktur dan kerja-kerja luar asrama baru

e)      Kerja-kerja tambahan pavilion di Kolej 14 dan Kolej 15

RM483,000.00

 

Pembinaan bangunan asrama pelajar UTMKL telah dimulakan pada tahun 2001 dan siap pada tahun 2004 dengan kos berjumlah RM76.50 juta.  Asrama ini boleh menampung sehingga 3,000 orang pelajar. 

Di samping itu, pembinaan projek Institut Ibnu Sina dilaksanakan secara “Design and Built” dan projek ini dibina pada tahun 2002 dan siap pada akhir tahun 2003.

Bagi asrama pula, pembinaan bangunan asrama pelajar Kolej 12,13,14,15,16 dan 17 telah dimulakan sejak tahun 2001.  Kolej 12 dan 13, boleh menampung seramai 2,000 orang pelajar telah disiapkan bersama sebuah Arked Pelajar mengikut jadual, iaitu pada tahun 2003.  Manakala bagi Kolej 14, 15, 16 dan 17, boleh menampung seramai 4,000 orang pelajar disiapkan lewat bersama sebuah arked daripada jadual, iaitu pada tahun 2004.  Kos keseluruhan pembinaan yang dilaksanakan secara “Design and Built” berjumlah RM130.645 juta.  Kemudahan yang disediakan bagi setiap kolej ialah lif, sistem pencegahan kebakaran, bilik computer, padang permainan, kediaman rumah felo, serta kelengkapan perabot.

Pembinaan bangunan asrama pelajar yang kini dikenali sebagai Kolej 9 dan Kolej 10 ini telah dimulakan pada tahun 2001.  Pembinaan secara “Design and Built” ini siap dibina pada tahun 2003 dengan kos pembinaan berjumlah RM65.0 juta.  Kolej ini boleh menampung pelajar seramai 3,000 orang.  Kemudahan lain yang disediakan adalah seperti padang permainan, arked, dan dataran di tengah-tengah halaman bangunan. 

Rumah Alumni disiapkan pada tahun 2005 dengan kos pembinaan sebanyak RM3.26 juta.  Projek ini dimulakan pada tahun 2003 yang mengandungi dewan besar, pejabat, ruang pameran, dewan makan berhawa dingin, dan kemudahan tandas.  Bangunan ini sering di sewa oleh warga kampus ataupun orang luar bagi mengadakan dan melangsungkan sesuatu majlis keraian atau keramaian. 

Makmal Bahasa Digital, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia yang siap dibina pada tahun 2004 merupakan kerja naik taraf bangunan sedia ada. 

Bangunan Arkib Rekod Jabatan disiapkan pada tahun 2003.  Fungsi bangunan ini adalah untuk menyimpan rekod dan data pekerja dan sebagainya.  Lokasi adalah di bahagian belakang berhampiran Pejabat Harta Bina.  Bangunan Stor Pelupusan pula disiapkan pada tahun 2005.  Fungsi bangunan ini adalah untuk menyimpan peralatan serta perabot yang using sebelum proses pelupusan dilaksanakan. 

Laman Riadah, Laman Bistari, Laman Seni, dan Laman Menanti.  Walau bagaimanapun, hanya Laman Riadah sahaja yang telah disiapkan sepenuhnya menerusi kerja pembinaan yang dimulakan sejak tahun 1999 dan siap pada tahun 2003 secara berperingkat. 

Hutan rekreasi UTM telah diusahakan sejak tahun 2001.  Fasa I Hutan Rekreasi ini telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada tahun 2003 secara berperingkat mengikut bidang kerja.  Hutan Rekreasi Fasa II yang meliputi keseluruhan rizab tanah mengikut zon telah dirancang sejak tahun 2002.  Terdapat juga air terjun semula jadi di kawasan ini yang berpunca daripada mata air di puncak bukit.  Terdapat beberapa fasiliti dan kemudahan di dalam hutan rekreasi ini seperti tapak perkhemahan, surau, tandas, dapur memasak, kompleks pavilion, wakaf, laluan denai, papan tanda arah, dan kawasan tapak berkumpul.  Pelbagai aktiviti dan latihan diadakan di kawasan hutan rekreasi ini, antaranya termasuklah aktiviti warga kampus pelajar UTM.  Di samping itu, penyewaan yang diterima daripada kalangan pihak sekolah dan institusi luar amat menggalakkan dan lazimnya aktiviti perkhemahan dan latihan di tapak hutan rekreasi ini sering diadakan pada hujung minggu persekolahan.  Secara tidak langsung projek ini membantu menyumbang pendapatan serta dapat menampung kos penyenggaraannya.  Dalam suatu masa program aktiviti perkhemahan diadakan, Hutan rekreasi boleh menampung seramai 200-250 orang peserta.  Keluasan keseluruhan tapak pembangunan Hutan Rekreasi UTM yang dibangunkan sehingga tahun 2003 ialah 28 ekar daripada keseluruhan rezab hutan Rekreasi adalah berjumlah 315 ekar. 

Taman Herba dibina pada tahun 2002 dan siap pada tahun 2003.  Lokasinya adalah bersebelahan dengan Hutan Rekreasi.  Pada peringkat awal penyiapan dan perancangan, taman ini mempunyai 47 spesies herba bagi kegunaan pembelajaan dan penyelidikan oleh Pusat Logi Pandu Kejuruteraan Kimia, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli.  Sebanyak 4,500 jumlah pokok herba telah ditanam di taman  ini dan dari semasa ke semasa penambahan spesies serta kuantiti pokok herba juga dilakukan.  Keluasan tapak Taman Herba ini ialah seluas 5 ekar, iaitu merangkumi kawasan halaman ketibaan dan tempat letak kereta, kawasan tanaman pokok herba batasan, tapak semaian benih pokok herba, kawasan ladang spesies Eurycome longifolia atau lebih dikenali sebagai pokok ‘Tongkat Ali’, serta pavilion sebagai tempat pembelajaran dan pengajaran Taman Herba.