RMK 9

PENGENALAN RMK 9

Tahun 2009 merupakan tahun pelaksanaan bagi pembangunan keseluruhan projek pembangunan UTM di bawah peruntukan RMK-9. Semua projek pembangunan fizikal begitu rancak dilaksanakan di kampus Skudai dan Kuala Lumpur. Dalam tempah setahun, pembangunan keseluruhan kampus telah melibatkan 76 buah syarikat perunding, 2l syarikat kontraktor utama dan beribu pekerja mahir dan separuh mahir.

Dalam usaha menyediakan prasarana terbaik bagi menampung program pengajaran dan pembelajaran serta pembangunan madal insan, PHB komited ,untuk menyiapkan sejumlah 26 projek fizikal dalam tahun pembangunan Rancangan Malaysia ke- l0 yang hanya berbaki setahun sahaja. 26 projek tersebut merangkumi 20 pembinaan bangunan baru dan 6 bangunan tambahan fakulti.

Antara projek pembangunan yang terletak di kawasan pembangunan sediada adalah pembinaan bangunan tambahan FAB, FKA, FSKSM, FKE, CEPP, FKM dan FKKKSA. Manakala pembangunan di Kluster baru adalah pembinaan bangunan Stadium dan Kolam Renang, Fakulti Biosains, RMC, FKSG, FPPSM, PPIPS dan laluan kedua yang merangkumi pembinaan pintu gerbang dan balai pengawal baru.

Manakala pembangunan di kampus Kuala Lumpur adalah pembangunan 3 bangunan utama kearah pengukuhan peranan kampus Kuala Lumpur sebagai Kampus Antarabangsa UTM. Antara pembangunan yang sedang rancak dilaksanakan adalah pembangunan Menara l5 tingkat Hi-End Advance Management Center (HEAMC), pembinaan bangunan 12 tingkat Kolej Sains dan Teknologi (KST) dan pembangunan Masjid Jamek.