PHB Fast Team

UTM FAST TEAM
Latar Belakang
UTM Fast Team merupakan sebuah pasukan yang telah ditubuhkan di Unit Awam, Bahagian Penyenggaraan, Ubahsuai dan Pengurusan Perabot (BPUPP), Pejabat Harta Bina (PHB). Pasukan ini bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pembaikan untuk segala laporan kerosakan yang dikategorikan sebagai kecemasan atau segera. UTM Fast Team boleh dikatakan sebagai pasukan barisan hadapan untuk unit tersebut bagi menghadapi setiap aduan yang diajukan pada setiap hari di seluruh kawasan kampus UTM, Skudai, Johor. Kumpulan ini akan tiba terlebih dahulu di lokasi laporan kerosakan oleh pengadu.Objektif diwujudkan UTM Fast Team adalah sebagai perantara pembaikan awal terlebih dahulu sebelum pembaikan menyeluruh dilaksanakan.

Terdapat sebanyak 6 pasukan UTM Fast Team di Unit Awam yang terdiri daripada 2 orang setiap pasukan (Tukang dan Pembantu Awam). Setiap pasukan telah diletakkan di zon atau kawasan tertentu dalam kampus UTM, Skudai, Johor. Pasukan ini dibekalkan dengan kelengkapan penyenggaraan yang lengkap bagi tujuan tersebut. Dengan adanya UTM Fast Team, aduan kerosakan dapat diselesaikan dengan pantas. Bagi aduan kerosakan yang melibatkan kerja-kerja bukan am iaitu khusus, tindakan penyelesaian sementara akan dilaksanakan sebelum diuruskan oleh kontraktor berkaitan yang telah dilantikan oleh PHB.

Pertanyaan:
Unit Awam
Bahagian Penyenggaraan, Ubahsuai dan Pengurusan Perabot
Pejabat Harta Bina
81310 UTM, Skudai, Johor.
(u.p: En. Rozlan bin Md Shariff)
E-mel: rozlan@utm.my
Telefon: 07- 5530165 / 019-7503667
Faks: 07-55
Tarikh Kemaskini: 25 Ogos 2014