PROFIL BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
PROFIL BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
SKOP KERJA
Pengurusan Modal Insan
- Merancang keperluan sumber tenaga manusia, menyedia keperluan Belanjawan Perjawatan, mengurus pengambilan staf baru dan kenaikan pangkat staf.
- Mengurus perkhidmatan staf dari lapor diri hingga bersara.
- Mengurus penilaian prestasi staf.
- Memastikan data sumber manusia dikemaskini dan keselamatan fail-fail, data/maklumat, buku penyata perkhidmatan dalam simpanan pejabat dan sentiasa dikemaskini.
Pembangunan Modal Insan
- Menyediakan analisis keperluan latihan, Anggaran Belanjawan Latihan Staf dan perancangan tahunan latihan staf secara individu dan kumpulan.
- Memastikan polisi latihan Universiti sentiasa dipatuhi.
- Menyediakan laporan penilaian individu staf yang hadir latihan.
- Memastikan rekod kehadiran latihan staf dikemaskini.
Pengurusan Kewangan dan Perolehan
- Menyediakan Anggaran Belanjawan Mengurus Tahunan dan agihannya.
- Memastikan pengurusan kewangan, perolehan dan aset mengikut Pekeliling Bendahari.
- Memastikan buku vot diselenggara dan dikemaskini.
- Menyelaras rekod perbelanjaan vot mengurus PTJ 050 & 051 secara bulanan.
- Memastikan rekod dan salinan dokumen perolehan. Tuntutan dan pembayaran disimpan dengan baik.
- Menguruskan penyediaan pelbagai tuntutan dan bayaran oleh staf, pembekal dan syarikat.
- Menguruskan bayaran secara tunai.
- Bertanggungjawab mengawal perbelanjaan serta menyediakan rekod kewangan.
PENGURUSAN TERTINGGI DI BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
SUMI BT ISMAN
Ketua Bahagian Sumber Manusia